Selamat tengahari. =)
Baca berita ni dekat 
Liyana punya blog. Copypaste sekali. huuuuuu~
Sila ambil serius perkara ni ya kawan kawan. Siapa mahu tahu nasib pelajar Malaysia di sana, sila baca entry ni sampai habis. T__T
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan   berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan   tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun   boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah   beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi   telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk   berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara   kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas   dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa   banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar   berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol   dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal   dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main  kerana melibatkan  maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak  kerajaan Malaysia  memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan  coverage di akhbar dan  tv sekarang memang langsung tak dipandang  serius.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu   tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi   masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh,   kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time   kecoh-kecoh macam nie.
Lagi  parah bila ada kemalangan, luka-luka  dan terkena penyakit. Silap-silap  dari sakit ringan-ringan boleh maut  sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita   memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan  sahaja  di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita  terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika   ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian   kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
 Twitter:  DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please   let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your   help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our   citizens there.
- Nadia
7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter,   yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak   kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
8. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera.
Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di 
JomPHP.
dan Nadd yang copypaste sesukahati entry ni dari 
Liyana Lunia. T___T
CREDIT : 
here and 
here. =) 
 

 ♥